Tuesday, January 11, 2011

Tahu Baru Azam Baru?

Salam Maal Hijrah dan Salam Tahun Baru Masihi...sedar tak sedar sudah 30 tahun lebih aku di dunia ini....dunia yang sekadar pinjaman...Alhamdulillah, aku bersyukur kepadaMu ya Allah atas kurniaan ini...

Berlabuh tahun 1431 Hijrah dan 2010 Masihi dengan keadaan yang amat baik....Alhamdulillah, Isteriku telah selamat melahirkan anak kami yang ke-3 pada 31 Oktober 2010, seorang putera yang diberi nama Ahmad Aqil Arfa...yang memberi maksud seorang yang berakal, mulia dan terpuji...doaku semoga anakku membesar seperti namanya..amin

Melihat sendiri proses kelahiran anak kami buat kali ke3 menambahkan lagi keinsafan dalam diriku...pelbagai perasaan berlawan-lawan dalam diriku...resah..kasihan...sedih...dan akhirnya aku menangis kegembiraan setelah anak kami selamat dilahirkan...bertambah lagi rasa tanggungjawab dalam diri ini...aku kuatkan diri...teringat kembali pesan seorang ustaz....JANGAN BUAT SESUATU KERANA ITU ADALAH TANGGUNGJAWAB, BUATLAH KERANA KAMU IKHLAS DAN SAYANG KEPADA KELUARGA KAMU...

Kesimpulannya...untuk tahun baru...seperti tahun2 lepas tidak ada azam yang lebih baik buat aku mengejar selain menjadi HAMBA ALLAH YANG TAAT, SUAMI YANG TERBAIK KEPADA ISTERIKU...BAPA YANG BAIK KEPADA ANAK-ANAKKU...ANAK YANG BAIK KEPADA ORANG TUAKU...PEKERJA YANG BAIK KEPADA MAJIKANKU...DAN SEGALANYA LEBIH BAIK DARI TAHUN LEPAS...

Bertemu di lain kali...

Wassalam...

Tuesday, March 30, 2010

Rencah Kehidupan : Part 1

Salam,

Sepatutnya saya mengisi coretan di dalam blog ini sekurang-kurangnya seminggu sekali, tetapi memandangkan kesibukan dengan peperiksaan LISP dan kerja-kerja yang mendatang menyebabkan hanya sekarang dapat saya berkongsi sedikit pengalaman dan pengajaran untuk kita ambil iktibar bersama.

Bekerja dengan FELDA di rancangan berpeneroka banyak memberikan saya ilmu dan pengalaman serta mematangkan diri saya dalam menempuh kehidupan. Kepelbagaian latar belakang setiap peneroka sama ada dari segi pendidikan, budaya, atau taraf hidup asal memberikan gambaran yang sangat tepat dengan istilah warna-warna kehidupan yang selalu kita dengar.

Mungkin di bandar-bandar, suasananya lebih 'coulourful' tetapi saya merasakan apa yang saya alami di rancangan FELDA ini lebih dekat dengan dengan diri saya memandangkan nilai-nilai kemasyarakatan masih dititik beratkan di sini. Istilah 'jaga tepi kain orang' masih ada lagi. Bagi saya, tidak salah kita mengambil tahu apa yang berlaku dalam masyarakat kita. Cuma janganlah kita menjadikannya sebagai bahan umpatan sehingga menjatuhkan maruah mereka yang terlibat. Cukuplah sekadar diterima sebagai pengajaran dan iktibar kepada kita. Lebih baik lagi, berilah pertolongan dari segi nasihat dan tegahan supaya kita tidak terlibat sama bersubahat menanggung dosa.

Oleh itu, segala apa yang dikongsi di sini diharap dapat diterima dan diambil iktibar oleh kita semua.

bersambung...........

Wednesday, March 10, 2010

Salam Perkenalan

Salam,

Kepada pembaca2 sekalian :

Apa yang dinyatakan di sini adalah catatan kehidupan seorang insan yang melalui pelbagai kisah kehidupan yang mungkin boleh dikongsi sebagai contoh dan tauladan/pengajaran kepada mereka yang mebacanya. Semoga apa yang disiarkan di blog ini dapat menjadi sesuatu yang bermanfaat kepada semua. InsyaAllah, saya akan cuba 'updatekan' sekurang2nya sekali seminggu. Sekian, wassalam.